30 July 2010

Anda adalah pelawat yang ke no.

sejak dilancarkan pada
1hb. Mei 2008
Disember 2008

Solat Aidil Adha di Masjid Negara.


Saya dan anak saya Arif Mustafa Aqlam

Isteri saya sedang memperterjemah Khutbah Aidil Adha 2008 dalam Bahasa Isyarat Malaysia melalui rakaman TV1 secara lintas langsung.

Studio sementara di Masjid Negara.

Masjid Negara, Isnin, 8 Dis. 2008. Jam 7.30 pagi, saya, isteri dan anak saya bersama-sama pergi bersolat Aidil Adha kerana isteri saya bertugas sebagai jurubahasa isyarat dalam rakaman TV1 secara lintas langsung. Ini pertama kalinya saya bawa anak saya pergi Masjid Negara selepas dia bersunat. Kadang-kala kami bersolat Mahgrib dan Isyak di Masjid Jamek Kelana Jaya berdekatan rumah ibubapa saya.

Selepas kami bersolat Aidil Adha, kami bergegas ke bilik studio sementara.

Ke atas


Bengkel Ahli Majlis MFD.

Saya pengerusi pengelola bengkel ini sedang memberi taklimat mengenai bengkel ini.

En. Azhar sedang membincangkan mengenai draf etika AM MFD


En. Azhar sedang memperkenalkan diri.

Pn. Sariah sedang memainkan rakaman latihan ucapan saya.

En. Sazali sedang menilaikan rakaman latihan ucapan En. Hasan.

En. Hassan sedang berlatih memberi ucapan. "Yang Berhormat En. Mohd. Sazali Shaari, Presiden MFD.....

AM MFD.

Puchong, Jumaat, 19 dan 20 Dis. 2008. Saya selaku pengerusi pengelola Bengkel Ahli Majlis MFD telah mengadakan bengkel ini di bilik mesyuarat Pusat Latihan MySL di Menara KLH selama 2 hari. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman ahli majlis MFD mengenai visi, misi dan objektif MFD dan fungsi dan tugas Ahli Majlis MFD serta membincangkan untuk membentangkan draf etika dan tugas AM MFD. Selain dari itu, para peserta bengkel turut dilatih bagaimana beri ucapan yang betul dalam majlis perasmian dengan berbagai tajuk untuk wakil Presiden MFD.

Semua Ahli Majlis MFD kecuali En. Chung Khim Cheong telah menghadiri bengkel ini dan dilatih bagaimana beri ucapan yang betul dalam majlis perasmian dengan berbagai tajuk sambil dirakam oleh para staf MySLTC dalam bentuk rakaman. Selepas itu, En. Mohd. Sazali selaku panel telah membetulkan dan mengajar kami dalam latihan ini. Selepas ini, kami akan mendapat VCD rakaman tersebut setiap seorang.

Akhirnya, bengkel ini telah berjaya menghasilkan draf etika dan tugas AM MFD supaya AM MFD menjalankan tugasnya dengan baik dan berdisplin. Draf tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat AM MFD kelak untuk diluluskan. MFD akan mengadakan bengkel AM MFD ke 2 di tempat lain. En. Azhar dilantik sebagai pengerusi pengelola bengkel AM MFD ke 2.

Ke atas


Rumah Terbuka Pn. Annie Ling.


Pn. Annie Ling sedang menghidangkan berbagai juadah.


Pn. Annie Ling





Puchong, Khamis, 25 Dis. 2008. Jam 1 petang, saya, isteri saya dan sebahagian daripada staf MFD seperti Cik Zuraidah, Cik Goh, Pn. Sariah dan Pn. Aliza dijemput ke rumah Annie Ling untuk menyambutkan Hari Natal. Cik Christina Low dan ibubapanya turut menyertai bersama-sama.

Pn. Annie Ling pernah bertugas dengan MFD. Kini dia kerja surirumah di samping membantu suami dalam biznya.. Kami berbual lama sampai 4:30 petang. Berbagai juadah enak termasuk kek Secret Recipes "Lemon Cheese" yang dihidangkan oleh Pn. Annie Ling dan suaminya.

Ke atas


Hari Natal 2008.

Pavilion Kuala Lumpur, Khamis, 25 Dis. 2008. Jam 6:30 petang, En. Stephen Lee (rakan baik saya) dan saya bershopping di Low Yat Plaza sebelum menikmati makanan malam di Pavilion KL.


Saya dan En. Stephen Lee

Little Wok Seafood Fried Rice with soup (RM8.99)

Ke atas


Copyright @ aqlam.my 2008